Geran Usahawan : Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)

POCKET TALK : TAKLIMAT PROGRAM TUNAS BELIA USAHAWAN BUMIPUTERA – TUBE MEGA 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa SME Corp Malaysia telah membuka pendaftaran bagi PROGRAM TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA – TUBE MEGA 2018 dari 18 Disember 2017 hingga 12 Januari 2018.

Sejajar dengan itu, pihak SME Corp Malaysia Pejabat
Negeri Melaka dengan kerjasama SIRIM Berhad (Melaka) ingin menjemput tuan/puan, khususnya para Belia Bumiputera yang berusia di antara 18-30 tahun, bagi menghadiri taklimat program ini seperti ketetapan yang berikut :

Tarikh ​​​: 04 Jan 2018 (Khamis)
Masa : 2:30 petang
Tempat : Bilik Seminar SIRIM Berhad, Batu Berendam, Melaka

Kaunter pendaftaran online bagi permohonan TUBE Mega 2018 ada disediakan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pn Zubidah / En Zaki di talian 06-2327512.

Permohonan secara online juga boleh dibuat terus melalui pautan berikut:
https://tube.smecorp.gov.my/index.php
Permohonan ini dibuka mulai 18 Disember 2017 sehingga 12 Januari 2018.

 

Tekan “PUBLISH” Viral ke 50 Group FB 😍

Hanya dengan TEKAN butang “PUBLISH” iklan/cerita mengenai produk anda akan di Viralkan kepada 30 media sosial serta lebih daripada 50 buah group di FB yang anda telah join.

Apakah itu Sistem Viral Niaga?

Sistem Viral Niaga adalah sistem 3 dalam 1 perniagaan internet yang PERTAMA di Malaysia. menggabungkan 3 aspek iaitu Kedai Online Viral + Laman Web Viral + Blog Viral.

💰💰💰 Peluang Perniagaan Paling Viral Pada Tahun 2018…!!!💰💰💰

*Bagaimana ViralNiaga.com membantu perniagaan anda?*

Jom baca sampai habis…

🔥Sistem business online viral 3 dalam 1 pertama di Malaysia

🔥ViralNiaga.com memudahkan pembinaan kedai online, website dan blog anda

🔥Pembinaan jenama / branding perniagaan untuk jangka masa panjang.

🔥Harga mampu milik untuk semua golongan

🔥Bantuan dan sokongan berterusan daripada team ViralNiaga.

🔥Viralkan perniagaan anda ke 20+ media sosial dengan mudah

🔥Menjana pendapatan sehingga *5 angka sebulan* dari pelbagai sumber (Multiple Source of Income)

🔥Dapat membina *Empayar Viral* anda sendiri. *(Yang ni power…)*🔥🔥🔥

Bak kata pepatah… menang membeli alah memakai..

*ViralNiaga.com ini sesuai untuk:*

👍🏻 Pemilik produk
👍🏻 Dropshipper
👍🏻 Suri Rumah
👍🏻 Networker
👍🏻 Insuran dan real estate agent
👍🏻 Pelajar
👍🏻 Pekerja
👍🏻 Pencen
👍🏻 bak kata pepatah… *semua jenis manusia*

👫👫👫👫👫👫

Jangan lepaskan peluang ini…

Dan dapatkan tawaran istimewa sempena pelancaran ViralNiaga.com sehingga akhir tahun 2017.

Hubungi saya sekiranya berminat dengan klik link di bawah…

👇👇👇

*KONSULTAN VIRAL*

http://viralniagaconsultant.wasap.my/

0189037707 (IRHAM)

Tahukah anda. Apa Makna Perniagaan?

Semua orang nak menceburi bidang perniagaan. Itu salah satu bidang yang hampir semua orang mahu melakukannya di seluruh dunia samada di dalam atau diluar bandar. Tetapi tahukah anda apa makna perniagaan yang sebenar?

Bila disebut perniagaan, orang akan ingat buat duit. Apakah hubungan perniagaan dengan duit?. Selalunya motivasi nak berniaga datang daripada impian mahu buat duit. Bukan sebarang duit, tetapi duit yang banyak!

Makna perniagaan yang sebenar yang lengkap dan ringkas

Untuk melengkapkan definisi mudah di atas, kita perlu berikan satu asas pengenalan yang menyeluruh yang dengannya mampu membuatkan anda rasa lega kerana dapat menguasai apa makna sebenar perniagaan.

Setelah difahami definisi asas ini, barulah fikirkan apa sahaja yang anda nak buat untuk menjadikannya sebagai satu perniagaan. Anda tak perlu masuk sekolah tinggi, masuk universiti atau jadi saintis untuk faham asas perniagaan.

Perniagaan sebenar mesti ada 5 elemen yang di sebutkan di bawah:

  1. Membuat atau memberikan sesuatu yang bermanfaat
  2. Sesuatu yang anda buat atau berikan itu mestilah ada orang mahu atau perlukan
  3. Benda atau perkara itu juga mestilah dalam harga yang orang sanggup keluarkan untuk mendapatkannya
  4. Bila mereka dapatkannya, ia mestilah pula menepati jangkaan dan keperluan mereka
  5. Semua di atas berlaku dengan baik di mana membolehkan peniaga membuat keuntungan untuk membolehkan dia mampu hidup dengan berbaloi.

Itulah definisi ringkas tetapi lengkap sebagai mentakrifkan makna perniagaan yang kita sebuat sebagai satu proses berulang-ulang di atas tadi. Jika tidak, tak guna mengulangi apa saja atas nama perniagaan, jadikannya sebagai hobi saja!.

Adakah anda seorang USHAWAN?

Anda inginkan Teknik Pemasaran yang memudahkan anda?

Dengan TEKAN butang “PUBLISH” iklan anda akan diviralkan hampir 20 media sosial yang ada.

Jika anda berminat untuk mengetahuinya! SILA tekan LINK di bawah ini :

http://Viralniagaconsultant.wassap.my/  (0189037707)

15 Tips Marketing

#1: JANGAN KEDEKUT!

Untuk promosikan sesuatu produk, kita perlu sediakan bajet iklan yang cukup mengikut objektif kempen marketing kita. Jangan kedekut untuk keluarkan bajet untuk buat  marketing!

Tak kira la anda buat marketing secara ONLINE mahupun OFFLINE… jangan kedekut!

Sebab apa..?

Sebabnya, apabila kita dapat tingkatkan bajet marketing, keuntungan juga akan meningkat. Bagi peniaga baru, benda ini nampak pelik.. tapi, bagi peniaga yang berpengalaman, ia adalah perkara biasa yang perlu dilakukan.

Walaubagaimanapun, adalah lebih baik jika kita dapat KURANGKAN bajet marketing.. tapi, dapat hasilkan UNTUNG yang banyak. Kerana itulah, kita perlu belajar Facebook Sales Funnel..

Apa yang dimaksudkan dengan Facebook Sales Funnel? Baca artikel ni..

#2: SENTIASA REKRUT AGEN.

Sebagai owner produk, kita perlu buat marketing untuk rekrut agen.

Bukan buat marketing kejap-kejap, tapi KONSISTEN!

Ini kerana tak semua agen yang kita dapat tu AKTIF dan BERKUALITI. Mungkin dalam 10 agen yang kita dapat, hanya 3 agen je yang aktif. Yang lain.. TIDUR..!

Kalau agen tak aktif, camner nak hasilkan jualan.. kan?

Apabila kita dapat rekrut agen yang ramai dan berkualiti, ini dapat memudahkan kita untuk melakukan marketing dengan lebih sistematik. Kita akan dapat lebih fokus pada customer support, ia lebih penting daripada produk yang kita jual.

Pada peringkat permulaan, memang kita boleh lakukan marketing seorang diri.. tapi, apabila kita sudah ada agen, jualan yang dapat kita hasilkan juga adalah lebih banyak.

Inilah rahsia bagaimana owner produk hasilkan jualan jutaan ringgit dalam tempoh yang singkat.

#3: JAGA AGEN!

Dah dapat agen tu, jangan duduk rileks jer! Si owner produk pun kena buat kerja jugak..!

Ok, sekarang agen kita dah ramai. Lepas tu, apa yang perlu kita buat?

Kita perlu JAGA mereka! Guide mereka untuk lakukan marketing dengan cara yang betul dan berkesan. Dan paling penting, layan mereka macam kawan-kawan. Barulah mereka happy nak promot produk kita, betul tak?

Bagaimana kita promot produk tersebut, macam tulah yang kita perlu ajar pada agen kita.

“Apa yang saya perlu ajar pada agen saya?”

Anda boleh bantu agen dari segi:

  • Sediakan bahan-bahan marketing dengan secukupnya.
  • Buat kelas asas marketing.
  • Berikan skrip cara close sales prospek.
  • Beritahu apa strategi marketing selengkapnya

.. dan banyak lagi yang anda boleh lakukan.

#4: BERI INSENTIF/BONUS

Sekali-sekala, kita boleh berikan INSENTIF/BONUS pada agen-agen yang berjaya hasilkan jualan yang konsisten setiap bulan. Ini dapat buatkan mereka jadi lebih bersemangat dan bermotivasi untuk hasilkan lebih banyak jualan!

Kita juga boleh buat race supaya mereka berlumba-lumba promot produk dan generate high sales. Buat cabaran, apabila agen dapat capai jualan tertentu, berikan mereka hadiah dalam bentuk wang tunai atau barang fizikal.

Ikut kreativiti anda sendiri nak beri hadiah apa..

Untuk buat cabaran ini, owner produk perlu selalu update position jualan siapa yang hasilkan jualan TERTINGGI sehinggalah TERENDAH. Dengan cara ini, apabila agen melihat position jualan mereka.. pasti mereka akan jadi tercabar dan akan fikirkan bagaimana untuk kejar agen-agen lain yang berada di atas mereka.

Ia memang satu games yang menyeronokkan! Cubalah..!

#5: AJAR AGEN ‘MARKETING’!

Yup! Anda wajib ajar agen buat marketing..!

Kalau tak, bagaimana mereka nak buat sales, kan?

Tak semua agen yang rekrut tahu nak buat marketing. Mereka hanya tahu menjual.. menjual.. dan menjual!

Student-student Sifufbads yang buat sales bulanan 7 angka, semuanya ajar agen mereka marketing!

  • ajar agen buat FB ADS!
  • ajar tulis copywriting!
  • ajar nak jual produk!

dan banyak lagi…

Kalau anda tak ajar, memang susah nak capai jualan yang konsisten 5-6 angka sebulan.

#6: ‘INTEGRATION MARKETING’.

Cara ini hanya perlu digunakan apabila kita ingin kembangkan lagi bisnes kita. Tak wajib pun!

Tapi, pada peringkat permulaan.. kita perlu fokus pada 1-3 channel marketing je. Fokus pada channel marketing yang berikan result sahaja. Barulah kita tak bazirkan bajet iklan untuk channel marketing yang tak berkesan.

Banyakkan buat SPLIT TEST!

Gunakan segala channel marketing yang ada. Online, offline! Guna fb, email, blog, radio, paper, tv, booth, dll.

Kesannya bukan pada hasil jualan je, kredibiliti bisnes kita juga akan naik.. tapi, bajet yang diperlukan agak besar. Jadi, fikir masak-masak dulu ye…

#7: KREATIF DALAM ‘MARKETING’.

Ia bukan perkara yang mudah dilakukan, tapi ia perlu dilakukan..

Especially online. Pesaing bisnes ramai, jadi kita kena KREATIF dan UNIK dalam marketing. Barulah kita boleh menonjol berbanding pesaing.

Bagaimana cara nak kreatif dalam marketing..?

Sebelum nak buat marketing, anda perlu tahu dulu bagaimana apa itu marketing?

“Marketing adalah proses menjual produk pada audiens yang betul!”

Kalau ini jawapan anda.. SALAH!

Marketing bukannya proses untuk menjual! Ia adalah proses untuk BERITAHU dan INGATKAN mesej kita pada audiens dan channel yang betul mengenai bisnes kita.

Itulah maksud sebenar marketing!

#8: KONSISTEN DALAM ‘MARKETING’.

Jangan jadi macam biskut “chipsmore”. Kejap ada, kejap takde. Marketing perlu konsisten, barulah ianya membantu bina POPULARITI dan TRUST..

Kenapa perlu konsisten?

Kerana manusia mudah lupa! Cuba lihat di sekeliling anda, berapa banyak iklan yang anda nampak dalam sehari?

.. 10 iklan?

.. 30 iklan?

.. 100 iklan?

Mungkin lebih, mungkin kurang.. cuma anda perasan atau tak jer…

Apa yang saya nak tekankan adalah, setiap hari kita dikelilingi dengan pebagai jenis iklan sehingga kita jadi BOSAN dan abaikan iklan tersebut.

Sebab itulah, kita perlu bina iklan yang berbeza dari iklan yang lain.. kemudian, lakukan pemasaran secara KONSISTEN!

#9: BINA ‘FOLLOWERS’.

Followers adalah audiens yang sudah kenal kita..

Mereka mungkin audiens yang kenal kita melalui facebook, emel, kedai, dan rakan mereka, dll..

Sangat penting untuk bina followers kerana lebih mudah menjual pada audiens yang sudah kenal kita berbanding audiens yang belum kenal kita.

Jadi, binalah audiens yang bakal jadi PROSPEK dan CUSTOMER anda. Tak kiralah sama ada ianya database phone, emel database, fans, insta followers, blog followers, dll..

Mereka inilah yang akan membantu untuk bangunkan bisnes kita.

#10: ‘RETARGETTING’.

Ya, buat retargetting dalam online marketing ni. Ada fans? Anda boleh tarik mereka menjadi customer. Ada pelawat web? Cari mereka balik dengan kaedah retargetting..

“Camner nak buat retargetting?”

Di Facebook, ada 2 cara yang boleh kita gunakan:

  1. Buat Like Marketing, dan target iklan pada fans. Baca ARTIKEL INI untuk tutorial cara buat Like Marketing.
  2. Bina satu web/ecommerce/minisite, kemudian letak kod Website Custom Audience (WCA)dalam web tersebut. Anda boleh baca tutorial cara bina Website Custom Audience DI SINI.

Dengan lakukan retargetting, kita boleh sasarkan iklan pada audiens yang pernah jadi customer kita. Jadi, kerja-kerja menjual akan jadi lebih mudah.

#11: ‘REPEAT ORDER’.

Apabila kita sudah ada customer, sangat penting untuk kita menjaga mereka. Kita perlu galakkan customer sedia ada membeli lagi atau lakukan repeat order.

.. Berikan mereka offer menarik.

.. Buat follow up!

.. Tanya khabar.

dan banyak lagi!

Cuba fikirkan jalan bagaimana nak tarik customer untuk lakukan pembelian berkali-kali.

Jangan biarkan pelanggan lama lari dari kita! Nak cari pelanggan yang baru perlukan kos yang tinggi. Jadi, adalah lebih baik kita fokus pada pelanggan sedia ada.

Artikel berkaitan – 5 Cara Pakar Gunakan Untuk Dapatkan Pelanggan ‘Repeat Order’

#12: REFERRAL.

Apa kata minta customer perkenalkan produk anda kepada rakan-rakan mereka.. kemudian, berikan mereka insentif seperti, mereka akan dapat 1 produk percuma jika mereka dapatkan 1 pelanggan untuk anda.

Gunakan ayat seperti ini:

As salam tuan,

terima kasih kerana telah membuat pembelian produk saya kelmarin.

Saya nak minta tolong boleh tak?

Jika tuan suka dengan produk saya, boleh tak rekemen produk tersebut pada kawan-kawan yang mungkin berminat juga?

Saya akan berikan 1 produk percuma kepada tuan untuk setiap 1 kawan yang tuan rekemen sebagai hadiah. Syaratnya, kawan tuan mesti membeli produk tersebut.

Reply mesej ini jika tuan berminat..

Terima kasih.

#13: DAPATKAN ‘FRESH TESTIMONIAL’.

Testimoni sangat penting dalam promosikan sesuatu produk! Ya, sangat penting..!

Kalau takde testimoni, sangat susah untuk menjual produk kita. Sebab, prospek lebih percayakan feedback dari orang ketiga. Itulah manusia, konsep ini tak akan pernah berubah sampai bila-bila.

Dan testimoni mestilah updated! Jangan lupa, orang membeli kerana RESULTS..!

“Mana saya nak dapatkan testimoni pelanggan”

Pergilah tanya mereka!

.. Tanya di WHATSAPP.

.. Tanya di PM.

.. Tanya di EMEL.

.. Tanya di TELEFON.

Apa lagi..?

Ikutlah bagaimana caranya, asalkan anda dapat testimoni mereka.

#14: ‘SOCIAL PROOF’!

Apa benda social proof ni?

Contoh mudah,

Jumlah fans adalah social proof. Jumlah komen yang tinggi pada post di FB juga adalah social proof! Ianya mampu pengaruhi prospek-prospek baru..

Camner nak tingkatkan social proof?

  • tingkatkan komen pada post
  • banyakkan gambar testimonial – printscreen, gambar, video
  • tunjukkan gambar stok..gambar pelanggan dtg kedai..
  • buat album koleksi testimonial..

“Kenapa kita perlu ada social proof ni?”

Inilah psikologi manusia!

Orang lebih mudah tertarik pada kawasan yang ramai orang.

Sebab apa?

Kerana, orang akan tertanya-tanya kenapa kawasan tersebut ramai orang. Apa yang buatkan ramai orang datang ke kawasan tersebut? Mesti best, kan?

Ok, sekarang.. bagaimana cara nak TARIK ramai orang datang ke kedai/fanpage kita?

  • Berikan FREE GIFT.
  • Berikan OFFER terhad.

Ini adalah salah satu strategi marketing! 

Kalau tak percaya, cubalah guna…

#15: TINGKATKAN BAJET MARKETING!

Ada orang tanya,

“Bila waktu yang paling sesuai untuk tingkatkan bajet iklan?”

Memang bagus nak tingkatkan bajet iklan, tapi bukan saje-saje!

Bukan setiap masa kita boleh tingkatkan bajet iklan. Ada masa tertentu jer..

  • Hari gaji, hujung bulan. Ni semua orang tahu, waktu semua orang duit masuk dalam akaun.
  • Pada bulan ramadhan, ramai orang shopping makanan untuk berbuka puasa dan beli barang raya.

Ini antara waktu demand adalah paling tinggi! Tapi, tak semua bisnes sama waktu demand-nya.

Sebagai peniaga, kita perlu TEST sendiri bila waktu yang paling banyak hasilkan jualan.

..

Tu lah.. sebahagian tips yang dapat dikongsikan.

Selamat beramal!