Geran Usahawan : Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)

POCKET TALK : TAKLIMAT PROGRAM TUNAS BELIA USAHAWAN BUMIPUTERA – TUBE MEGA 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa SME Corp Malaysia telah membuka pendaftaran bagi PROGRAM TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA – TUBE MEGA 2018 dari 18 Disember 2017 hingga 12 Januari 2018.

Sejajar dengan itu, pihak SME Corp Malaysia Pejabat
Negeri Melaka dengan kerjasama SIRIM Berhad (Melaka) ingin menjemput tuan/puan, khususnya para Belia Bumiputera yang berusia di antara 18-30 tahun, bagi menghadiri taklimat program ini seperti ketetapan yang berikut :

Tarikh ​​​: 04 Jan 2018 (Khamis)
Masa : 2:30 petang
Tempat : Bilik Seminar SIRIM Berhad, Batu Berendam, Melaka

Kaunter pendaftaran online bagi permohonan TUBE Mega 2018 ada disediakan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pn Zubidah / En Zaki di talian 06-2327512.

Permohonan secara online juga boleh dibuat terus melalui pautan berikut:
https://tube.smecorp.gov.my/index.php
Permohonan ini dibuka mulai 18 Disember 2017 sehingga 12 Januari 2018.